Rabu, Disember 30, 2009

Dahulu kini dan selamanya.

Allah yang satu. Dahulu kini dan selamanya. Banyak peristiwa berzaman telah didengar maupun dibaca akan azab dan bala yang diperturunkan oleh Allah untuk manusia. Tidak kurang kejadian serupa berlaku dizaman kita kini. Tsunami, runtuhan bukit , bangunan, kemalangan yang banyak mengorbankan nyawa dan harta yang amat disayangi menjadi ratapan harian hingga kini.

Tahun akan bertukar lagi. Sejauh mana peristiwa dahulu diambil buat iktibar, cuma sendiri yang dapat menilai. Amat sukar mempercayai kejadian mendatang, tetapi sepatutnya mudah mempercayai kejadian yang berlalu. Kalau Dia lah Allah yang menunjukkan kekuasaan dan kemarahannya terhadap umat sebelum ini sepert umat Nabi Saleh, umat Nabi Luth dan lain lain umat, maka dia jugalah Allah ketika ini yang berkuasa yang boleh melakukan apa juapun terhadap kita. Jadi janganlah mencabar akan kekuasaan Allah dan timbulkan kemarahan Allah. Buatlah apapun kesukaan Allah walaupun marahnya manusia. Insyallah hidup akan diredhai Allah.

Selasa, Disember 29, 2009

ALLAHYARHAM USTAZ MUHAMMAD RADZI BIN SALLEH

ALLAHYARHAM USTAZ MUHAMMAD RADZI BIN SALLEH (PEGAWAI TADBIR AGAMA, DAERAH PERAK TENGAH). Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 26 / 12 / 2009 bersamaan hari sabtu. Bukan sahaja merupakan orang penting dalam mentadbir hal ehwal agama di Perak Tengah tetapi juga memainkan peranannya di perkampungan kami Desa Seri Iskandar. Rumahku tidak berapa jauh daripada rumahnya. Tetapi agak malang semasa hari kematian nya aku berada di Langkawi. Agak terkilan tidak dapat menziarahinya untuk kali terakhir. Apapun aku doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang beriman. Alfatihah.

Isnin, Disember 28, 2009

Sukar, memang memang sukar menjadi tetamu Allah

Semua kelengkapan telah siap. Semua keperluan telah sedia. Semua perancangan berjalan dgn baik. Anak anak telah dihantar kekampung. Keperluan dan amanah telah diserahkan kpd yg tinggal.

Aku dan isteri memilih beberapa barang untuk kegunaan persekolahan anak anak di TESCO Taiping. Selepas ini kami akan menuju pengurup wang untuk menukar wang RM ke Saudi Rial. Tiba tiba telefon berbunyi: " Encik, saya dr syarikat travel agen xxx, utk pengetahuan encik, kita tak boleh pergi malam esok. Visa masih tak dapat" "Bila pulak boleh pergi" "Tak boleh nak sebut sekarang ni sebab visa masih tak dapat. Encik jgn risau, duit encik kami akan pulangkan semuanya."
Semua barang yg di dalam troli diletakkan kembali. Troli aku tinggalkan di satu sudut. Aku dan isteri keluar dari Tesco. Mood untuk shopping dah hilang entah kemana. Aku sekadar menjeling pengurup wang itu ketika melintas keluar. Wang yang ingin ditukar masih tersimpan didalam poket. Rancangan untuk menunaikan umrah tahun ni rasanya sudah tiada harapan lagi setelah beberapa kali tarikh nya tertunda. Mekah yg kurasakan dah hampir itu, tiba tiba jauh dat diri ini.

Kenyataan kita hanya merancang, Allah yang menentukan semakin diyakini. Sukarnya menjdadi tetamu Allah semakin terbukti. Mesti ada hikmah di sebalik semua ini. Namun muhasabah terhadap diri perlu dibuat. Mengapa kita tidak terpilih menjadi tetamu Allah. Insyallah perjalanan dan harapan utk menjadi tetamu Mu ya Allah tetap ku teruskan dan tersemat di hati ini..

Rabu, Disember 23, 2009

Surau pun nak dibakar.


Kalau dahulu sejahil manapun seseorang islam itu ia marah sekiranya ugamanya islam itu dicaci. Sejahat manapun pencuri itu, ayam yg dicuri itu mesti disembelih dulu sebelum dibunuh utk dimakan. Durhaka manapun seseorang anak tetap marah sekiranya nama ibubapanya dicaci. Walaupun tidak beramal tetapi imannya masih ada. Apa pula yg melanda masyarakt kita hari ini hinggakan keprihatinan terhadap ugama sendiri sudah dilontar jauh kemana.

Subuh tadi di surau, aku ditunjukkan oleh kawan akan beberapa kerusi plastik dibakar ditepi dinding surau. Kejadian berlaku petang kelmarin. Mujurlah api tersebut yg memakan lebih kurang 3 kerusi plastik tersebut tidak menyambar dinding batu surau itu. Api juga boleh memakan cat pada dinding. Nasiblah bukan dinding papan.

Masing masing tertanya siapakah punya angkara. Bangsa asing:tidak mungkin sebab semua penduduk melayu islam. Penagih: belum ada kes ketagihan di desa ku ini. Musuh politik:tidak mungkin sebab walaupun penduduk berlainan parti tetapi bermasyarakat cara profesional. Jemaah boleh dikira menggalakkan juga. Masih menjadi persoalan.
Surau yang menjadi syiar kpd perkembangan islam tidak mendapat perhatian yg sepatutnya masa kini. Apakah tanggapan sesetengah pihak taraf surau sama dgn dewan org ramai? Jika tidak masakan kejadian ini berlaku...jika dulu surau dijadikan juga tempat lepak org golongan pemuda tetapi kehormatannya masih dijaga.

Jika ingin melihat persepakatan sesuatu tempat, lihatlah kemakmuran suraunya. Isu ini perlu dipandang serius demi memelihara kesucian rumah Allah tempat kita mengagungkan Allah yang satu dan menyatukan masyarakat yang ramai.

Selasa, Disember 22, 2009

Sukarnya Menjadi Tetamu Allah

Tibanya cuti sekolah, berkeping keping jemputan drpd sanak saudara dan sahabat taulan menjemput sebagai tetamunya. Samada majlis perkahwinan, pertunangan, berkhatan maupun kenduri tahlil. Akan banyak jemputan akan tertolak lantaran kesuntukan masa atau tenaga.
Tetapi ada satu jemputan yg tersemat di hati setiap muslim agar ia terpilih menjadi tetamu istimewa iaitu Tetamu Allah. Duit bukanlah syarat utama malah keredhaan daripadaNya lebih utama. Kalau sudah ada keredhaan Allah utk menjadi tetamuNya, insyallah, Allah akan lorongkan utk itu. Kadangkala ada duit tapi masa pula tak sesuai. Bila ada duit, masa sesuai, kesihatan pula tidak mengizinkan. Bila kesihatan dah afiat, visa pulak tak dapat.
Alhamdulillah, subuh tadi dimasjid ustad Salim maklumkan visa telah diperolehi. Walaupun tarikh yg dirancang asalnya 16 dec, berganjak ke 19 dec, bertukar lagi ke 18 dec dan akhirnya 25 dec adalah tarikh aku akan berangkat menunaikan umrah. Walaupun ada rasa sedikit kekesalan akan tempoh yg menjadi singkat sekitar 10 hari shj, namun aku bersyukur kehadrat Allah kerana aku masih berkesempatan utk menjadi tetamuNya dikesempatan yg singkat ini. Ya Allah , aku tahu sukarnya menjadi tetamu Mu, namun aku telah berusaha, maka kau selamatkanlah perjalanan aku dan orang orang yg bersamaku untuk sampai ke Baitullah untuk mendapatkan umrah mabrur. Kau berkatilah perjalanan kami. Amiinn

Khamis, Disember 17, 2009

Bohong

Ada orang dalam dunia ini hidupnya kena membohong orang. Tapi kena ingat mungkin setengah orang boleh dibohong pada setengah masa tapi bukan semua orang boleh dibohong pada semua masa.
Ada orang pula hidupnya sentiasa kena bohong. Sama sama di anugerahkan oleh Allah satu otak utk berfikir. Gunakan akal fikiran tersebut daripada menerima petaka bohong. Jangan sampai celik mata hingga mata katup asyik kena bohong. Lebih teruk lagi sudah sedar diri kena bohong tapi masih bergelumang hidup dengan pembohong. Sesungguhnya pembohong itu adalah orang yang zalim.

Selasa, Disember 01, 2009