Jumaat, Januari 15, 2010

Ceramah Ustaz Shah Kirit Bin Kalkulal Givindji - 3

 Bukan mudah untuk menukar agama. Tidak seperti menukar baju di badan. Bukan proses yang singkat. Bukannya kenal wanita hari ini esok dah nak tukar agama. Serupa dengan orang islam. Kelmarin jumpa dengan paderi, hari ini nak masuk kristian. Prosesnya mesti bermula agak lama. Kalau ada orang islam menunjukkan tanda tanda mula cenderung ke agama lain, ianya perlu di pantau dengan teliti. Saudara mara dan rakan rakan seislam perlu memainkan peranan bersama. Apabila keputusan untuk murtad telah dibuat adalah laksana gunung berapi telah meletus. Bukan mudah untuk menyelamatkan diri. pelbagai ancaman datang dari semua arah. Berapa banyak berita kita dengar dimana orang islam yang dah murtad dikawal dan ghaib tanpa sebarang berita.

Ustaz Shah kirit berjumpa dengan beberapa orang ustaz untuk menyatakan hasratnya memeluk islam. Pada permulaan hatinya masih tidak dapat menerima islam atas dasar kesukaran yang bakal dihadapi dalam melaksanakan perintah Allah. Beliau menjelaskan pendekatan bagi menarik bukan islam memeluk islam perlu dipelajari. Pendekatan yang tidak betul akan membantutkan usaha dakwah terhadap golongan tersebut.

Hatinya mula tersentuh dan tergerak untuk terus memeluk islam apabila ia berjumpa dengan seorang pendakwah diIpoh bernama Ustaz Ali Chin. 

"Ustaz Ali Chin sanggup mengorbankan masanya setiap hari untuk mengajar saya  konsep akidah dan ketuhanan dengan membawakannya surah Al-Ikhlas. Saya mula mengkaji dan meneliti surah tersebut dan akhirnya saya telah menemui tuhan sebenar yang layak disembah olehnya iaitu Allah".

Ustaz Shah kirit menyatakan ia diceritakan bagaimana Allah mencipta manusia. Persoalan tuhankah mencipta aku atau aku yang mencipta tuhan telah terjawab. Ustaz Ali Chin menasihatkannya agar mempelajari islam secara beransur ansur bagi menguatkan keimanannya.

Apabila keimanan telah kuat pendekatan seterusnya ialah mengajar tentang hukum hakam dalam islam. Sekiranya hukum hakam ini diajar terlebih dahulu ianya akan menakutkan golongan bukan islam untuk mendekati islam. Akan timbul di fikiran mereka tentang beratnya mengamalkan islam. Takutnya mereka bila melanggar larangan tuhan. Lebih teruk lagi apabila perkataan "mesti potong" diucapkan kepada mereka.......bersambung



Tiada ulasan:

Catat Ulasan