Isnin, Jun 06, 2011

Allahyarham Ahmad Firdaus

Satu yang amat menyedihkan kita di dunia ini ialah apabila sesuatu yang kita amat sayangi tiada di samping kita lagi. Itulah yang agaknya dirasai oleh sahabat sekampung ku Saiful Bahar apabila anak sulongnya berusia 18 tahun telah meninggal dunia susulan daripada satu kemalangan di Kuala Lumpur tempohari. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hospital pada petang khamis 2 jun 2011.

Berita sedih tersebut diterima sahabatku itu ketika beliau berada di Brunai iaitu dalam perjalanan pulang daripada menunaikan umrah. Begitulah salah satu ujian daripada Allah untuk hambaNya tidak lain untuk melihat siapakah yang lebih beriman kepadaNya. Sesungguhnya jua apa yang datang daripada Allah maka itulah yang terbaik untuk kita. Apapun kita sama sama berharap kepada Allah semoga meletakkan kesabaran yang tinggi dalam diri kita semoga kita mampu menghadapi sebarang ujian daripadaNya. Moga moga daripada itu makin bertambahlah keimanan kita dan dikekalkan hingga saat roh kita sendiri bercerai daripada jasad.

Al-Fatihah untuk Allayarham.

2 ulasan:

  1. Ya-Allah besarnya ujian dia YB. Semakin kuat iman semakin besar ujian. Moga teman YB pasrah dan redha ujian ini.

    Takziah buat teman YB itu.

    BalasPadam
  2. Salam kakzakie

    Allah pernah menguji kita dan Allah akan menguji kita. Harap harap kita tidak diuji dgn ujian yg berat yg tak mampu kita hadapi.

    Apa yang mampu kita ucapkan untuknya sekadar bersabar dan sedekah Al-Fatihah.

    BalasPadam