Selasa, Ogos 16, 2011

Haramkan Mercun


Kalau dulu orang selalu kaitkan tahun baru cina dengan mercun. Kini bulan ramadhan dan selamat hari raya telah mengambil alih keintiman tahun baru cina dengan mercun. Kehingaran dentuman mercun di malam bulan ramadhan dan pada hari raya lebih hebat daripada perayaan bangsa cina. Malah kita lihat masyarakat cina telah kurang menggunakan mercun dalam perayaan mereka berbandaing melayu. Bagaimana ini boleh berlaku.

Mercun bukan sahaja membahayakan diri tetapi mengganggu ketenteraman awam. Kalau bulan ramadhan kanak kanak ramai berkumpul di surau surau dan masjid. Ada antara mereka ni yang membakar mercun ketika orang solat tarawih. Jemaah nak solat pun tak boleh nak kusyuk.Bayanglah kalau mercun bola diletupkan. Terkejut kejut jemaah buatnya. Imam pun boleh lupa ayat yang dibaca.
Di pihak kerajaan memang ada perintah mengharamkan membakar mercun. Daripada sudut agama kita pula  membakar mercun merupakan perbuatan membazir. Jadi apa perlunya ada mercun atau bunga api di tengah tengah perayaan kita.

Yang menjadi pelik dan ajaib, mercun dilarang tetapi agak mudah untuk diperolehi. Sepatutnya jika kita ingin membenteras pembakaran mercun yang dilihat membahayakan dan membazirkan, penjualan mercun dan bunga api perlu dibenteras. Buat ketetapan bahawa menjual mercun adalah sama seperti menjual dadah. Mengimport dan mengedarnya sama seperti mengimpot dan mengedar dadah. Kalau nak buat biar buat betul betul. Jangan nak main sendiwara.

2 ulasan:

  1. mercun masih boleh didapati dgn mudah...
    ada yg tak kena dari segi pemantauan pehak berkuasa?

    BalasPadam
  2. Selagi si putar alam bercakap meletop letop selagi itulah mercun akan meletup

    BalasPadam