Rabu, Januari 11, 2012

Keputusan Liwat - Apa Kata Mereka




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin berkata keputusan mahkamah yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan.
"Keputusan hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik tidak mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan," katanya di sini.

 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya membuktikan satu perkara iaitu tidak pernah wujud sebarang konspirasi untuk memenjarakan Anwar sama ada dahulu mahu pun sekarang.
“Segala-galanya tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar bahawa dia akan disabitkan dengan kesalahan untuk membuat dia hidup sengsara.
“Tetapi keputusan mahkamah hari ini (Isnin) adalah bukti bahawa tidak wujud sebarang konspirasi sebelum atau sekarang untuk mengenakannya,” kata Dr Mahathir di sini.

 

Pergerakan Pemuda Umno pada Isnin menyatakan bahawa keputusan kes liwat yang melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan pemulihan kewibawaan badan kehakiman negara dan menyangkal dakwaan bahawa ada campur tangan politik dalam kes-kes mahkamah.
Menurut blog Ketua Pemuda Umno di sini yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipetik sebagai berkata, Pemudak Umno turut menolak hujah yang mengatakan kes Anwar merupaan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan ketua pembangkang itu.

 Aku berkata bahawa DSI Anwar Ibrahim memang orang yang bersih seperti yang diketahui oleh ramai penduduk Malaysia, apabila beliau dilepaskan oleh mahkamah dari tuduhan meliwat. Walaupun berbagai cubaan untuk menjahanamkan beliau dari era politik namun kekentalan jiwa serta prinsip perjuangan yang betul meletakkan beliau sentiasa di kelompok orang yang sukar ditewaskan. Semangat dan prinsip yang beliau miliki amat perlu ada dalam jiwa seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. YB.



Mereka masih mengambil kepentingan daripada keputusan mahkamah. 

5 ulasan:

  1. Kakak pula berkata YB: Agenda kalau tidak dilepaskan PRU 13 akan lebih dahsyat dan ini satu cara utk tidak menjadikan isu bertambah hebat. Yg dituduh dah nyata tidak bersalah, yg menuduh apa jadinya?

    Eh... sampai lupa bagi salam. Wassalam w.b.t dari kakak YB. Lama tak menjenguk sini.

    BalasPadam
  2. w,salam kakzaki,

    betu betul..kalau kita tak berbuat apa apa makna nya kita bersekongkol dengan mereka...

    BalasPadam
  3. Salam YB..
    1st time jejak d sini..singgah dan follow :)

    Pabila kita bergaduh sesama sendiri, bangsa lain bertepuk tangan menari2.. :(
    Hanya Allah yang mengetahui segalanya...

    BalasPadam
  4. W,Salam lyza

    Terima kasih berkunjung,

    Saya baru berjumpa jawapan pasal bergaduh tuh..lihat video pd link di bawah:

    http://malaysiaberih.blogspot.com/2012/01/aksi-pantun-yang-menarik-perhatian-zaid.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. melayu sama melayu gaduh sebab ada yg tak faham islam...
      org yg faham islam takkan sokong umno...
      org pas lawan org umno atas nama islam
      itu dianggap jihad fisabilillah!

      Padam