Jumaat, Februari 17, 2012

Halam


Sebut halam sudah pasti kita akan mengingati penceramah terkenal Ustaz Ismail Kamus. Beliau yang mempopularkan perkataan ini dengan sinis menyebut halam mungkin hukum baru bagi seseorang  yang takut meletakkan sesuatu itu halal atau haram. Inilah sebenarnya orang buta di sisi Allah apabila semua yang telah jelas dalam Al-quran maupun hadith dan telah disampaikan oleh para ustaz tetapi masih teraba raba dalam kemungkaran.

Isu yang sama rupanya masih wujud. Rakyat tidak tahu apa yang ulamak sebut. Rakyat tidak pasti betulkan berita dalam internet sebut. Rakyat tidak tahu betulkah akbar milik kerajaan sebut. Tetapi yang rakyat tahu jika ulamak bercakap mesti betul. Masakan ulamak ingin menempah neraka diakhirat nanti. Masakan ulamak sanggup menggadai ugama Allah demi memperjuangkan seorang hamba Allah. Ulamak itu pewaris nabi. Memang kita tidak baik membenci ulamak. Tetapi mengapa ada pihak mempergunakan ulamak. Tidak mungkin ulamak sanggup dirinya dipergunakan. Mengapa pula ada satu pandangan ulamak tetapi ada dua cerita.

6 ulasan:

  1. Salam YB

    Kadang-kadang pening juga dibuatnya. Hari ni kata syirik, esok kata ok pulak.

    Walaupun tidak masuk kuil, tetapi keberadaan PM di KAWASAN SAMBUTAN THAIPUSAM, pada HARI SAMBUTAN THAIPUSAM, maka ini mengundang berbagai-bagai interpretasi.

    Kenapa pergi ke situ pada hari Thaipusam tidak pada hari lain?

    BalasPadam
  2. salam tuan haji msh,

    demi kuasa di dunia ini lah tuh

    BalasPadam
  3. salam tuan,
    kalau pemimpin dah rosak aqidah,kita tukarlah...
    ulamak ada,kenapa masih nak pilih org yg jahil?
    inilah silap org melayu...
    berjuang utk melayu...tapi tolak islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam TN

      sejak dulu memang ramai meluat dgn pemimpion yg TN maksudkan. Apa yg perlu kita buat utk memastikan perjuangan kita akan tercapai jika tidak sekarang, 10 tahun lagi ataupun pd bila bila masa akan datang ialah mentarbiah setiap anak kita kepada perjuangan berlandaskan islam yg betul. Anak kita pula mentarbiah cucu kita pula. Konsep MLM boleh menjamin usaha kita akan tercapai. Yg penting berjuang demi Allah. Wallahuaklam.

      Padam
    2. Salam.
      Rasanya tidak perlu tukar pemimpin kerana KITA WAJIB muhasabah pemimpin itu. Jika ditukar pemmpin pun, sistem demokrasi masih tetap digunakan. Yang perlu ditukar adalah sistem negara itu. Demokrasi / Liberal / Sekular / Kapitalis / Sosialis / Nasionalis dan lain2 sistem bathil itu adalah bukan sistem islam. Kembalilah kita semua kepada Al Quran, Hadith, Ijmak Sahabat sebagai panduan hidup yang diredhai Allah. Dan terus menerus menuntut ilmu supaya kita tidak tergolong dlm golongan munafik mahupun fasik. wallahualam.
      " Dan tidaklah patut orang2 yg beriman, lelaki dan perempuan akan ada lagi pilihan lain mengenai urusan mereka apabila Allah telah menetapkan sesuatu keputusan. Sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasulnya,maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." - Al Ahzab, ayat 36.

      Padam
  4. Salam TN

    Memang betul sistem perlu ditukar. Untuk menukar sistem kita kena tukar pemimpin. Sistem kerajaan dengan sistem pembangkang berbeza. Dengan bertukarnya pemimpin maka secara otomatiknya sistem itu akan bertukar. Oleh itu kita pilih pemimpin yang memperjuangkan sistem berlandaskan Al-Quran. Wallahuaklam.

    BalasPadam