Isnin, Mei 14, 2012

Masjid Al-Ansar, Labu Kubong, Cenderong Balai. Perak

Lagi, antara masjid yang pernah aku singgah.









Rabu, Mei 09, 2012

Kalah Masuk Neraka

Tempat Ijtimak Tabligh Perak 2012
Sesungguhnya orang yang berilmu dan beriman tetap akan tertipu kerana mereka tidak beramal. Orang yang beramal juga tetap akan tertipu kerana mereka tidak ikhlas. Oleh itu setiap amalan mesti kerana Allah.
Kita mesti ingat bahawa persoalan di dalam kubur akan dijawab oleh amalan kita bukannya iman kita. Tinggi manapun ilmunya dalam islam jika tidak beramal dengan ikhlas pasti membawa bencana di dalam kubur. Walau bagaimanapun setiap muslim yang ingin beramal mesti pula mempunyai ilmu dan iman.

Iman kita mempunyai 3 jenis musuh. Pertama musuh yang duduknya dalam badan kita iaitu nafsu. Kedua musuh yang duduknya di luar badan kita iaitu dunia. Ketiga musuh yang keluar dan masuk dalam badan kita iaitu syaitan. 3 jenis musuh ini perlu ditentang bagi memelihara iman kita. Jika kita tewas menentang musuh kafir bermakna kita syahid dan insyaallah syurga menunggu kita. Tetapi jika kita tewas kepada musuh yang tiga itu bermakna neraka akan menanti kita. 

Iman dan amal adalah amat penting dalam kehidupan seseorang muslim. Terdapat 4 jenis manusia di muka bumi ini:
1. Hidupnya islam dan matinya pun dalam islam
2. Hidupnya Islam tetapi matinya dalam kafir
3. Hidupnya kafir tetapi matinya dalam islam
4. Hidupnya kafir dan matinya juga dalam kafir
Di manakah kedudukan kita. Kita yang islam ini hendaknya tergolong dalam kumpulan 1 di atas.

Ilmu, iman, amal dan iklas adalah perkara penting dalam kehidupan kita dalam mengejar keredhaan Allah. Janganlah kita sekadar islam di pandangan manusia tetapi hendaklah juga  islam di sisi Allah. Allah akan merahmati di dunia dan diakhirat.

Orang yang islam di sisi manusia tetapi tidak di sisi Allah, hanya sekadar dikuburkan di kuburan islam oleh manusia tetapi diakhirat nanti tidak akan mendapat kerahmatan daripada Allah.

Itulah antara pengisian yang dapat aku cedok daripada tazkirah oleh salah seorang maulana jemaah tabligh di Masjid Seri Iskandar malam tadi. Aku dan sebahagian ahli kariah masjid ini mengambil peluang daripada tazkirah tazkirah yang mereka laksanakan sehinggalah hari ijtimak jemaah tabligh Perak lebih kurang 2 minggu lagi yang dianggarkan kehadirannya 10 ribu orang..

Selamat berijtimak kepada jemaah tabligh.


Isnin, Mei 07, 2012

Bersih Itu Indah

 Bersih itu indah. Kali ini bukan aku kata. Bukan Pak Samad coret dalam puisinya. Bukan Ambiga yang dakwa. Bukan pejuang baju kuning laungkan, tetapi Pemangku MB Perak yang kata. Mengapa? Tak percaya? Tengok gambar di atas baik baik. Siap ada warna kuning lagi. Setakat cermin mata kanta 250 boleh nampak lagi. Kalau tak nampak jugak, besarkan gambar tuh...kalau malas tengok jer gambar kat bawah ni...
 
Huhhh...Deme pun kata Bersih itu Indah. Habis nak buat macamana nih...Ini bukan kerja parti mata, bukan atau roket.  Kita tengok pejabat parti apa ada dekat sepanduk ni. Kalau kome nak tau nama pekan ni, kome carilah sendiri. Boleh jumpa dalam salah satu gambar ni. Kira macam mencari barang tersembunyilah.

Khamis, Mei 03, 2012

Suratkhabar Lucah

Semalam aku melihat akbar utusan lebih hina daripada tisu yang disalat dengan tahi. Aku sanggup jinjing tisu itu daripada menjinjing utusan malaysia. Hakikatnya apapun memang mustahil aku menjinjing akhbar ini apatah lagi membacanya. Semenjak utusan dihinggapi penyakit meroyan pada tahun 1998 hingga ke hari ini aku belum pernah membazirkan barang satu sen pun duit aku untuk mendapatkan utusan. Waima nak buat pelapik pun aku tak rela. Bayangkan kalau ada mayat kemalangan jalan raya di tutup dengan kertas surat khabar seperti di atas. Malanglah mayat tersebut.

Mari kita fikir tentang berita yang disiarkan dalam gambar di atas. Apakah ini berita benar? Apakah matlamat berita tersebut? Tiap tiap hari berita khalwat dan zina disajikan dalam akhbar. Memang berita tersebut sahih dan dibicarakan dimahkamah. Adakah pernah pihak utusan memasukkan gambar adegan khalwat dan zina tersebut. Jika tidak pernah apa logiknya gambar diatas dimuatkan dalam akhbar, lebih lebih lagi di muka hadapan pula. Sahih atau palsu belum pasti lagi. Adakah kita senang hati meletakkan akhbar sedemikian di atas meja di anjung rumah. Melihat sahaja anak anak membelek dan merenung gambar tersebut. Patutlah pelbagai gelaran diberi kepada utusan seperti utusan meroyan, utuseks malaysia dan lain lagi.

Selepas menamatkan zaman persekolahan aku menoreh getah. Balik menoreh aku pergi kedai Ali Mamak untuk mendapatkan utusan yang aku langgan tiap hari. Walaupun dalam keadaan penat dan lapar aku tetap baca akhbar dahulu. Penat lelah akan hilang tatkala membelek satu persatu berita yang di sajikan. Aku tidak pernah melihat berita yang dipaparkan tanpa mengenepikan etika berita. Walaupun taksub dengan parti tetapi tidak menghalang aku untuk membaca akhbar dari parti sebelah lain.

Malanglah nasib akhbar melayu utusan. Daripada akhbar yang hebat satu masa dahulu, kini menjadi akhbar picisan yang membawa berita berita propaganda, agenda peribadi dan penyelamat politik sesebuah parti dengan mengenepikan nilai berita dan etika akhbar penyebar ilmu. Jangan jadikan akhbar sebagai alat untuk mengugut