Sabtu, April 27, 2013

Masa Meminta Paling Makbul

 
Jika anda ingin apa apa daripada kerajaan inilah masanya paling sesuai untuk meminta. Masanya adalah sebelum 5 may ini. Inilah masa paling makbul meminta . Malah benda yang kita tak minta pun dah diberi sebelum ini. Ada yang dapat Rm 200, RM 500, RM1000.

Gambar di atas menunjukkan jalan di kawasan perumahan ku sedang diturap. Mungkin untuk memudahkan kami pergi mengundi tidak lama lagi. Inilah masa durian runtuh untuk kontraktor jalan sebab banyak kerja kerja penurapan perlu dilakukan musim ini. Fenomena ini sering berulang setiap 5 tahun. Semoga kita tidak mudah digula gula dengan gula gula 1 Malaysia 2 sekupang.

Jumaat, April 12, 2013

Padi dan Lalang


Sekiranya kita menanam padi, ada lalang yang tetap akan tumboh. Sekiranya kita menanam lalang, jangan harap ada padi yang akan tumboh.

Selasa, April 09, 2013

Masjid Al-Kurauwi, Batu Kurau Perak


Banyak masjid mengambil nama para ulamak atau cendikiawan islam sebagai nama sesebuah masjid. Aku percaya Al-Kurauwi adalah terbit dari nama tempat ini iaitu Batu Kurau.


Batu Kurau adalah sebuah kawasan yang terletak dalam Daerah Kerian. Bandar yang hampir dengannya adalah Bagan Serai, Parit Buntar ataupun Taiping. Masjid ini terletak di tengah pekan Batu Kurau. Oleh kerana ia terletak di pekan maka kawasannya agak terhad setelah masjid ini mengalami proses pembesaran selari dengan perkembangan masa.
Masjid yang bersih dan nampak baru lagi memberikan keselesaan kepada para jemaah. Semestinya kebersihan menjadi agenda penting dalam pengurusan masjid kerana ianya merupakan tuntutan dalam islam.
Zaman sekarang peranan masjid semestinya diluaskan lagi. Dalam meningkatkan dakwah, ada peranan masjid. Dalam meningkatkan ekonomi, ada peranan masjid. Dalam kehidupan bermasyarakat, ada peranan masjid. Hinggakan soal nikah kahwin dan mati pun peranan masjid diutamakan.




Sesungguhnya marilah kita cintakan masjid kerana di sana ada banyak keberkatannya dalam kehidupan hablumminallah dan hablumminannas.