Isnin, Mei 11, 2015

Allayarham Irwan Shah Bin Ahmad

Pada 29 Mei 2015 seluruh keluarga dikejutkan dengan pemergian sepupu ku Allahyarham Irwan. Arwah telah mengalami kemalangan di lebuhraya berhampiran Tangkak lebih kurang pukul 4 pagi ketika memandu lori (trellar). Arwah meninggal ditempat kejadia dan jenazahnya dibawa ke Hospital Tangkak untuk post-mortem.

Jenazah sampai di rumahnya di Kampung Sungai Bil Slim River lebih kurang 6 petang sebelum dikebumikan di Slim Village.

Lebih kurang sebulan lepas rumah itu meriah dengan kegembiraan ahli keluarga kerana menyambut pasangannya merupakan menantu baru tetapi tanggal 29 Mei itu muram dan suram kerana menyambut seluruh ahli keluarga menyambut jenazahnya pula. Semua ahli keluarga, sahabat handai, rakan sekerja merasai akan kesedihan bersama.

Ajal maut di tangan Allah. Walaupun usia perkahwinan masih baru janji Allah tetap diterima. Moga rohnya ditempatkan bersama roh roh orang yang beriman.

Jumaat, Februari 20, 2015

'Road Show' Liwat, 'Road Show' Altantuya..Mana Penting?

Hukuman dah dijatuhkan kepada Anwar. 5 tahun dipenjara dan dalam tempoh itu musuh politiknya bolehlah berasa aman sedikit. Tempoh tersebut sepatutnya difokuskan kepada isu isu lain yang lebih penting. Rupanya ruang kesempatan itu tidak dimanfaatkan malah seolah olah mahu lagi bergaduh dengan Anwar yang telah diikat tangannya.
Pada asasnya jika dipenjara bermakna bersalah. Yang nak buang masa pergi menerangkan kepada orang ramai, mengapa? Takut orang menuduh kamu bersekongkol dengan mahkamah? Tidak puas kerana masih ramai orang tak percaya Anwar salah. Atau pun terlalu simpati dengan nasib Saiful.
Sekarang ini isu besar timbul berkenaan Sirul akan mendedahkan kejadian bunuh Altantuya. Adalah lebih baik buat penerangan kepada rakyat yang PM kita tidak terlibat. Tidak cukup sekadar mengatakan karut, karut. Tiada siapapun yang mahu menjaga nama baik PM daripada terpalit dengan kes hina ini. Apakah burit Saiful lebih penting daripada nama baik PM? Lebih baik memberi fokus kepada isu yang belum selesai berbanding isu liwat yang telah tamat.

Isnin, Februari 16, 2015

Menjadi Tetamu Allah


Apabila kita berkunjung ke rumah seseorang, adab sebagai tetamu akan dipelihara. Anak anak telah diberi pesan agar menjaga tingkah laku, bahasa biar bersopan. Lebih lebih lagi jika orang yang dikunjungi orang yang dihormati keluarga dan masyarakat. Kesempatan yang terluang akan digunakan untuk mengeratkan silaturrahim sebaik mungkin.

Bagaimana pula jika kita berkunjung kerumah Allah. Apakah bentuk adab yang kita tonjolkan? Telah menjadi persoalan kini di mana ramai jemaah masjid memperlekehkan etika ketika berkunjung ke masjid.

Membawa telefon bimbit ke dalam masjid tidaklah menjadi kesalahan. Jika tiada keperluannya adalah lebih baik ditinggalkan. Masalah telefon berbunyi ketika solat  menunjukkan ketiada adaban. Orang tahu kamu lupa tetapi berpunca sikap tidak mengambil berat. Lebih tidak beradab apabila jemaah ber "WhatsApp" sambil mendengar kuliah daripada ustaz. Lebih teruk lagi ada  yang menggunakan telefon dengan suara yang boleh mengganggu jemaah lain. Jika penting sangat pun silalah keluar masjid dan bercakap perlahan mungkin dan ringkas.

Gunalah setiap saat dan ketika menjadi tetamu Allah dengan perkara perkara yang mendekatkan kita denganNya. Jika kita memelihara adab kita ketika berada dirumah manusia mulia maka lebih utama lagi hendaknya ketika berada di rumah Allah.